Saturday, August 7, 2010

Hari-harian di Lendu

So minggu ketiga hari tu, aku pulang bersama Cik Fifa menaiki Suria beliau bersama Alia, sepupunya jurusan Accountancy semester 3 dan Akmal, batchmate semester 5. Malangnya Muit tak balik bersama kerana menggaykan diri bersama housemates beliau menyiapkan assignment 3D. :D Pada hari terakhir aku di KL, parents aku menganjurkan satu majlis doa selamat yang dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan. Saya juga teramat berbesar hati menyambut kedatangan Muit, Ashwad, Bad dan Hakim yang kebetulan ingin ke Low Yat. Lewat petang selepas selesai majlis, ayah ku hantar ku pulang ke Lendu.


Seminggu berlalu, belum puas rasanya untuk pulang ke KL. Maka selepas berpuluh-puluh kali pujukan pada ayah ku, aku pulang bersama Cik Fifa dan sepasang gay, Bad & Muit menaiki MyVi ku.

Sebulan aku disini, terasa agak penat dan terlalu cepat untuk aku berulang alik kembali ke KL. Maka aku mengambil keputusan untuk menetap di Lendu pada hujung minggu ini. Semalam aku bersama 16 orang lagi rakan-rakanku, menaiki empat buah kereta, convoy ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Meriah dan sangat gembira ku rasakan dapat menjamu selera bersama rakan-rakan kerana belum tentu lagi dapat berkumpul sebegini ramai sebelum berakhir semester ini.

Namun begitu, hati ini sangat berharap untuk semester ini berakhir dengan cepat agar segera dapat menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan menemui rakan-rakan yang baru dan hidup dalam persekitaran baru, InsyAllah. :)

No comments:

Post a Comment